Cart 0

4 Jenis Veil Pengantin Pilihan

4 Jenis Veil Pengantin Pilihan

Sebut pasal kahwin, semuanya kena nampak cantik dan sempurna. Setiap persiapan diteliti berkali-kali bagi memastikan semuanya berjalan lancar. Dari segi busana pula, pakaian memang memainkan peranan paling utama. Kalau si lelaki segak bergaya dengan padanan sut yang lengkap bersama bow tie, si pengantin perempuan pula cukup anggun dengan busana gaun serba putih bersama veil. Bagi yang agak cerewet mengenai veil, sememangnya memerlukan masa yang lama untuk memilih. WM singkatkan masa anda dengan menyenaraikan beberapa jenis potongan veil yang anda boleh cuba!

Blusher Veil

Untuk yang agak rimas dengan veil yang panjang, Nah! ini untuk anda. Potongannya berbentuk bulat dan kebiasaanya ia singkat dan ianya popular kerana ia turut menutup bahagian muka yang menampilkan sisi mewah si pengantin.

Fingertip Veil

Veil jenis ini sememangnya paling popular dikalangan veil yang lain. Potongannya tidak terlalu pendek dan tidak terlalu panjang membuatkan si pengantin tampak anggun pada hari persandingan. Fabrik yang sering digunakan termasuklah kain net, sifon dan renda.

Cathedral Veil

Veil jenis ini dianggap paling istimewa kerana potonganya yang labuh memanjang ke belakang. Kebiasaanya pengantin yang ingin memakai veil jenis ini perlu memastikan acara persandingan diadakan di dalam bangunan seprti dewan atu hotel. Ini kerana ia lebih nampak gah dan pastikan menjadi tumpuan jemputan yang hadir.



Older post